aishiteru~~

Kimita tuokukitemo..Kiminoi shuaguaratala..Shiniteruyo shiniteruyo~~

Wednesday, March 24, 2010

PETUA BERSIHKAN HATI....

Salam utk semua...

Today,aku nak share something yang terbaik dari ladang hihihi mybe nampak cam xseberapa tapi bermakna & penuh kebaikan terutama sekali utk diri masing2..Actually, petua nie dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah so sape yg tak kenal dengan pakar motivasi kita yang terkenal nie kan.Hope korang dapat ar serba sedikit faham & praktikkan la petua nie..korang tak akan rugi apa2 kerna nie semua utk korang gak. Aku pun amalkan petua nie (^_*) so,renung2kan & selamat beramal ok (^_^)

ADA 16 PETUA BERSIHKAN HATI

  1. Dirikan solat & banyakkan berdoa. Ini salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "YA ALLAH JADIKAN HATIKU BERSIH".
  2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. paling minimum 100 kali sebelum tidur. Ini satu perlaburan mudah & murah.
  3. Solat Taubat - selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati & tenangkan minda
  4. Membaca Al-Quran - selain dapat mencuci hati juga tenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi
  5. Bermaaf-maafan semasa kawan setiap hari - semasa meminta maaf perlu sebutkan
  6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - jangan sesekali mengkritik, kutuk diri-sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri-sendiri
  7. Program minda/cuci minda - paling baik pada waktu malam sebelum tidur..SENYUM, PEJAM MATA, KATAKAN DI DALAM HATI " YA ALLAH, CUCI OTAK AKU, CUCI HATIKU, ESOK AKU NAK JADI BAIK, BERJAYA, CERIA, BERSEMANGAT, AKTIF, POSITIF". Menurut kajian psikologi, apa2 yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokkan harinya - CUBALAH!
  8. Berpuasa - sekiranya berpuasa terhindar daripada melakukan perkara-perkara kejahatan
  9. Cuba ingat tentang mati ( sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa )
  10. Kekalkan wuduk
  11. Bersedekah
  12. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subahat
  13. Berkawan dengan ulama
  14. Berkawan dengan orang miskin ( menginsafi )
  15. Pesan pada orang, jadi baik
  16. Menjaga pancaindera ( mata, telinga, mulut...& sebagainya ) jangandengar orang mengumpat




No comments:

Post a Comment