aishiteru~~

Kimita tuokukitemo..Kiminoi shuaguaratala..Shiniteruyo shiniteruyo~~

Friday, March 26, 2010

FENG SHUI warna anda (^_^)




Today aku nak share kat my blog pasal feng shui yang memainkan peranannya dalam permakaian kita sehari2..nak percaya atau tak tue terpulang pada korang semua ok..aku juz sharing something interesting untuk aku share dengan teman2 di sini..hope korang enjoy membacanya & pandai2 la korang kan pastue nak huraikan camne untuk diri korang (^_^)

0k..Menurut ahli feng shui,warna pakaian sebenarnya mempengaruhi "tuah" seseorang. Ini kerana disebalik warna yang kita pakai itu,bakal menentukan bagaimana emosi kita samaada sedih,ceria & sebagainya.Pengaruh keduanya pula ialah bagaimana persepsi orang lain apabila melihat kamu.Dari sinilah nanti nasib kamu akan berubah.Nak tahu lagi korang baca ok (^_*)

FENG SHUI WARNA HIJAU
Hijau adalah simbol kemajuan & perkembangan.Energi positifnya memancarkan perasaan dewasa & matang,seterusnya mewujudkan kepercayaan.

TIP : kalau kamu mahu diberi kepercayaan penuh atas satu2 tanggungjawab,pilihlah warna hijau


FENG SHUI WARNA MERAH
Merah adalah warna yang sangat kuat & memberi efek seakan magnet menarik orang lain mendekati anda.

TIP : Pakailah warna merah ketika anda kurang percaya diri,takut & mahu meraih perhatian seseorang.

FENG SHUI WARNA PUTIH
Ia memberi rasa senang pada orang yang melihat sehingga terpancar semua emosi positif dalam diri kamu.

TIP : Pakailah warna putih kalau kamu mahu memberi kesan jujur & boleh dipercayai.

FENG SHUI WARNA HITAM
Hitam merupakan warna kegemaran kebanyakkan orang.Ia memancarkan kuasa yang kuat & memacu motivasi yang tinggi.Kuasa warna hitam ini diperakui oleh ahli feng shui dalam memberi kekuasaan pada si pemakai sehingga orang yang berdamping dengannya merasa kagum.

TIP : Pakailah warna hitam kalau kamu mahu tampil yakin & meraih apa yang dihajati.Kamu akan terlihat lebih elegan & istimewa.

FENG SHUI WARNA COKLAT
Warna coklat memberi ketenangan.Ia juga memberi kesan tenang pada orang yang melihat.

TIP : Pilihlah warna coklat untuk kamu dilihat sebagai seorang yang tulus & boleh dijadikan tempat bermanja!

FENG SHUI WARNA PINK
Pink atau merah jambu adalah warna yang ceria,menggoda & sangat romantis.Kamu sebenarnya tak memerlukan banyak solekkan bila berpakaian pink kerana secara automatik warna ini bakal mengeluarkan aura & pesona gadismu.Pink juga sangat menenangkan & mengurangi emosi negatif seperti cemburu & cepat marah.

TIP : Pilih warna pink saat kamu ingin memberi kesan istimewa kepada seseorang yang kamu kasihi.Pesona kamu sure akan terlekat di ingatan si dia.

FENG SHUI WARNA KUNING
Sisi positif warna kuning ialah memancarkan perasaan ceria & semangat. Ia sangat berguna bagi sesiapa yang bermasalah untuk berkomunikasi dengan orang lain kerana stimulasi otak akan menjadi lebih baik.

TIP : Baju kuning yang kamu kenakan mampu memberi tenaga luar biasa ketika mahu berdepan dengan seseorang yang penting & mereka selalunya bakal bersetuju dengan apa yang kamu suarakan.Bagus tue...

FENG SHUI WARNA UNGU
Ungu sangat ideal untuk memberi inspirasi & idea tertentu. Ia juga bakal meningkatkan kreativiti seseorang.

TIP : Saat kamu terasa mati kutu atau kehabisan idea,cuba warna ungu.Warna ini bakal membantu kamu lebih berfikiran jauh & terbuka.
FENG SHUI
FE


No comments:

Post a Comment