aishiteru~~

Kimita tuokukitemo..Kiminoi shuaguaratala..Shiniteruyo shiniteruyo~~

Saturday, December 3, 2011

Love Story


Kita masih muda bila bertemu..
Ku tutup mata & memori itu pun bermula
Bayu angin masih terasa..
Bintang berkelipan menyinari malam
Kau berlalu di hadapan
Dan terus daku menyapa
Tidak ku sangka...
Yang kaulah puteri..
Ku ketuk hatimu
Lakaran kisah ini pun baru bermula
Namun ku perlu pergi
Tinggalkan kau sendiri..
Kata mu..
Putera, bawalah aku ke mana saja
Asal ada sentiasa di sisi
Biar pena akan terus menulis
Lagenda Kisah Cinta Kita berdua...
Di taman ini kita bersua..
Mengharapkan mentari terus bersinar
Tinggalkan kesibukan kota..
Dan kaulah Puteri
Di istana hati..
Meredah rintangan yang kian melanda
Mampukah Cinta bersemi
Kau mahu ku percayai...
Puteri..
Mampukah di bawa
Biar ke mana saja
Walau kamu akan ada di sisi
Biar pena akan terus menulis
Lagenda Kisah Cinta Kita Berdua...
Kelu lidah tak mampu ku bersuara
Cinta ini sukar ku menerangkan
Usah gusar biar terus percaya
Lagenda Kisah Cinta Kita Berdua..
Penat menunggu..
Bila akan aku kembali...
Pudar sudah rasa..
Tak pasti di hadapan kita...

Kata mu,
Selamatkan daku wahai si putera
Menunggu mu yang tidak kunjung tiba..
Lalu aku melihat ke matamu
Melafazkan kata ingin kau gembira
Sudikah kamu jadi permata hati..
Takkan lagi tinggalkan sendiri..
Kisah ini sudah mendapat restu..
Teruskan Kisah Cinta Kita Berdua..
Kita masih muda bila bertemu..

No comments:

Post a Comment